Wednesday, October 21, 2009

Cara Mengawal Kemarahan


Terdetik hati nak buat blog pasal ni. sukatan pelajaran agama dah abis, so kitorg wat ulangkaji pastu bincang. dalam bincang2 jawapan ada satu soalan pasal cara mengawal kemarahan, sebab 2 la nak wat citer fasal ni.

Seperti yg kite tahu, marah 2 salah satu sifat semulajadi manusia. boleh marah tp biarlah bertempat dan dlm keadaan sedar diri.

Rasulullah s.a.w mengajarkan 3 cara meredakan kemarahan :


1. Mengucapkan Ta'awwuz
  • Kemarahan itu datangnya dari syaitan. Oleh itu bacalah "a'zubillahiminas syaithanir rajim"(aku memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk) . Nescaya kita terlindung drpd bisikan syaitan yg suka menyemarakkan api kemarahan manusia.
2. Mengambil Wuduk
  • Nabi pernah berkata kemarahan itu api, jadi padamkanlah ia dengan air (wuduk). Oleh itu, jika kita berasa marah segeralah berwuduk. Dan sebaik2nya membaca Al-Quran. Lagi lah hati jadi tenang.
3. Berdiri > Duduk > Baring
  • Satu cara lagi, apabila datangnya kemarahan itu ketika kita sedang berdiri, maka duduk lah. Kalau tak berkesan duduk, baring je terus.

KISAH SAIDINA ALI


Pernah terjadi dalam satu perperangan antara tentera Islam melawan tentera Kuffar, di mana Saidina Ali r.a. berjaya menjatuhkan seorang tentera musuh, ketika pedang Saidina Ali hampir membenam dada tentera musuh tersebut, tiba-tiba tentera musuh yang rebah itu meludah muka Saidina Ali. Pedang Saidina Ali yang sudah mencecah dada musuh itu diangkat semula dan tidak jadi dibenamkan.


Tentera Kuffar itu bertanya: Kenapa kamu tidak jadi membunuh aku? Jawab Saidina Ali: Bila engkau meludah ke mukaku menyebabkan aku terlalu marah, ketika itu aku tidak akan membunuhmu kerana aku bimbang aku membunuh kamu bukan kerana Allah swt, tetapi kerana didorong oleh perasaan marah.

No comments:

Post a Comment